Tuesday, September 1, 2009

MAHALKAH?

MAHALKAH?- suntingan oleh: http://albumkasihblog.wordpress.com/

Kenapa ada yang minta mahal atas seribu dan ada pula yang minta murah bawah 500 dan sebagainya? Mengapa dan bagaimana menentukan harga kos fotografi perkahwinan. Saya cuba jelaskan di sini

Harga bergantung kepada kualiti peralatan dan gambar yg terhasil. Peralatan seperti saya gunakan biasanya di Kuala Lumpur mereka akan menetapkan harga RM1000-RM2000. Tetapi saya di Tawau saya tawarkanlah harga yang wajar bagi orang di Tawau. Ikut orang Tawau : mahu murah dan cantik kalau dapat biarlah paling murah. Jika ada yg menetapkan bawah RM90 untuk 1 roll, kebanyakkan mereka menggunakan album yang diberi percuma dari taukeh kedai, gambar tidak diedit dengan kemahiran grafik, flash pula yang kecik yang ada di badan kamera. Lensa yang digunakan pula yang kit saja dalam 17-55mm F3.5 – 5.6 dengan program auto. Asal terang, imej tajam dan ada sikit komposisi. Tuan punya gambar pun bagi alasan asal ada! kalau kawan tanya kenapa mata kamu merah atau gambarnya kasar dan keras.

Harga selalunya selaras dengan peralatan yang digunakan. Jenama kamera tidaklah menjadi soal pokok kerana setiap jenama punyai kelebihan di bahagian tertentu. Kualiti gambar bagi saya terhasil dari lensa yang digunakan. Jadi tidak hairanlah jika kamera hanya berharga RM3000 tapi lensanya berharga hampir RM30,000. Lensa yang baik diukur dengan kesan yang terhasil. Lensa yang baik untuk perkahwinan atau gambar potret mempunyai F : 1.4, 1.8, 2.0, 2.8 dan 4L yang selebihnya bergantung kepada penggunaanya. Kesan F 2.8 contohnya menghasilkan bokeh atau kawasan kabur di bahagian belakang subjek utama. Namun harga lensa sebegini selalunya lebih, anggaran RM2,000 hingga 30,000. Namun penggunaannya adalah sangat-sangat berbaloi kerana menghasilkan keindahan sekeping gambar.

Jadi janganlah hairan jika pakej gambar anda menjadi mahal kerana peralatan yang digunakan hampir RM10,000 hingga 15,000. Keselesaan kereta kancil pastinya tidak akan sama dengan kereta limo…

Selain Lensa, Flash juga pentingJika jurugambar anda menggunakan bulit in flash yang ada pada kameranya, gambar yang dihasilkanya akan mempunyai bayang hitam yang amat jelas di belakang subjek yang dirakamnya. Dalam dunia fotografi ia digelar “hantu di belakang”. Ia sering berlaku bila merakam gambar pada waktu malam atau indoor. Mereka akan sering menaikkan kepekaan ISO kamera ke 800 atau 1600 yang pastinya menghasilkan noise yang sangat ketara. Oleh itu pastikan jurugambar anda mempunyai flash yang sesuai. Bagi kamera nikon SB600, 800 atau 900, manakala untuk kamera canon pula 430EX, 580EX atau 580EX II. Kesan dari kebijaksanaan dan kreativiti penggunaan flash sebegini akan menghapuskan bayang hitam manakala gambar pula akan kelihatan natural. Harga pasaran bagi flash sebegini pula biasanya dalam anggaran RM1000 hingga 2500.00. Bagi jurukamera yang biasa menggunakan lampu studio pula akan mengangkut segala keperluan studionya ke majlis anda. Namun penggunaannya sering membataskan pergerakan dan memakan ruang pula. Pencahayaan yang baik akan menghasilkan gambar yang lembut tanpa noise.

Kemahiran seni rekaan grafikDunia fotografi hari ini tidak dapat dipisahkan dengan manipulasi seni rekaan grafik. Perisian Photoshop adalah perisian yang memonopoli seni ini. Penggunaannya telah mengantikan penggunaan darkroom SLR. Seorang jurugambar akan menghasbiskan masa berjam-jam malah ada yang berhari-hari untuk menghasilkan gambar dengan rekaan grafik yang menarik dan kreatif. Ia adalah tugas seorang jurugambar yang tidak anda nampak namun sangat penting untuk memberikan kesan terbaik. Ia mungkin boleh menjadi satu kelebihan kepada seseorang jurugambar tetapi janganlah rekaan grafik melebihi keindahan gambar hingga kelihatan janggal pula. Secukup rasa sajalah. Jika rekaaan grafik ini tiada di gambar anda lihatlah harga yang anda telah bayar. Saya sering mengambil potongan hadis, al-quran, pantun nasihat, bidalan melayu atau ungkapan dalam bahasa melayu bagi melengkapkan rekaan grafik untuk pelanggan-pelanggan albumkasih.com. Pastinya ia akan memberikan makna kepada sesiapa yang membacanya dan nilai gambar juga akan meningkat.

Pakej dan UpahPakej juga mengambil peranan dalam penetapan harga. Jika ada custom album terlibat dalam pakej, anda akan dapati harga servis menjadi mahal. Ini kerana photographer mengambil upah mesusun atur gambar dan edit untuk menjadikan satu album penuh.Upah custom album ditetapkan dari RM400 sehingga paling mahal RM800. Bagi album berpelekat biasanya pakej yang ditawarkan antara RM500 hingga RM750 manakala bingkai gambar pula mengikut saiz dan kemasan bingkai. Saya sering menetapkan bingkai kayu dengan kemasan warna emas ala inggeris untuk pelenggan albumkasih. Harganya pasti lebih sedikit namun sangat berbaloi dengan nilainya kepada anda tambahan pula gambar yang cantik dan komposisi yang menarik.

Berapakah upah untuk seorang jurugambar? Kalau di semenanjung Malaysia RM500 untuk 3 hingga 5 jam majlis atau tempoh perkhidmatan. Bagi di daerah ini pula RM350 untuk keseluruhan majlis; nikah dan persandingan kadang-kadang lebih 12 jam! Letih…kamera pula berat hampir 2 kilo tergantung di tengkuk. Kadang-kadang fikir tidak berbaloi…namun kerana cinta dan minat yang mendalam rasa letih ditolak ke tepi. Sering juga terfikir bagaimana seorang jurugambar meletakkan harga RM60-90 untuk 1 roll. Lebih berbaloi rasanya ambil gambar landskap dan jual di internet.